Pages

Tuesday

aku mahu bercerita,
tetapi masih ada yang akan mengata,
lalu aku diam kan saja,
tapi ramai pula yang mentertawa.
cuma kau perlu tahu
betapa gembira ia datang dan betapa perit ia pergi
cukup kau tahu aku perlukan sesuatu
bukan cinta buat masa ini,cuma Dia yang satu yang tetap sejati

kecewa

pada satu tahap yang tidak pasti kesudahannya. pada satu masa yang tinggal cuma rangka badan dan segenggam hati. pada saat kau keseeorangan. aku tak pasti sama ada aku kecewa ataupun sedang meningkat dewasa. aku tak pasti untuk sesuatu masa adakah aku perlu berpatah balik. aku tak tau apa terjadi untuk masa depanku. oleh kerana itu,aku terus mencari untuk sesuatu kepuasan diri. oleh itu aku mula mencari duit dan bukan lagi cinta. aku mula merancang semula kehidupan baru. aku mula menjinakkan diri kepada semua. pada saat itu,aku kecewa. begitu banyak aku catitkan. begitu banyak aku luahkan. seorang pun tidak tau apa aku merepek. dan aku harap masa depan aku sama dengan apa yang aku rancang. agar aku tak berapa kecewa masa tua ku. agar anak-anak ku membesar dengan nama kegemilangan ku. bagiku, menjaga yang sudah ada itu lebih susah daripada menjaga sesuatu yang baru naik.

Sunday

Hati

disebalik keindahan dunia, kita takkan dapat lihat kesedihan di dalam hati. disebalik kegembiraan dunia, sukar sekali melihat kecurangan hati. di dalam hati penuh kunci, kadang-kadang perlu di buang kuncinya, ada pula manusia mahu mencari, untuk dibuat mainan atau penyeri. wahai manusia,jangan terlalu ego dengan sikap hatimu yang busuk, kita sesama manusia,perlu menghormati satu sama lain, jauh sekali memaki antara kita, tapi mengapa perlu membezakan kematangan,umur,darjat? mengapa perlu menunjukkan keegoaan kamu, aku tak dapat mengenal apa hatimu berkata, tapi aku bukan bodoh menilai daripada air mata engkau, aku tak bodoh untuk berbicara, tetapi aku boleh menyimpan rasa. wahai manusia, buangkan sedikit ego mu, bukan untuk aku,tetapi untuk dunia kita. kau tau apa aku rasa? bila aku tua dan tiada siapa yang mahu menjaga, kerana manusia lain lalai dan leka terhadap dunia seketika. buangkan ego mu, untuk kita sama-sama rasa apa sebenarnya nilai air mata.

Terleka

di saat anak muda terleka mengejar cita-cita, masihkah teringat tentang 5 perkara. di saat anak-anak mengejar kejayaan dunia, jangan dilupa mengejar akhirat juga. di saat kita sibuk melihat diri orang dengan mata yang hina, fikir lah cermin ada di depan mata untuk lihat kisah kita. manusia terlalu leka, mengapa?

Wednesday

hilang?

kemana hilang cinta kita
kita sudah lupa saat gembira
dibelai dimanja didodoi dan gelak ketawa
mengapa masa itu semua indah
aku tak memaksa cuma takut tersiksa
aku tak gelojoh cuma takut roboh
aku mahu kau disisi bukan kau menyepi
aku ingin kau gembira bukan mahu kau derita
aku mahu kau ketawa bukan berduka
aku mahu saat manis bersama bukan caci dan hina
aku sayang kau bukan luahan sang mulut binasa
aku jujur cinta kau bukan mainan budak tadika
aku masih mahu kita bersama padahal kita sudah lama tidak bersapa
aku belum ada yang punya kerana aku masih ingat kali pertama kita berjumpa.
maaf,aku rindu.

Monday

jiwa

jauh disudut hati aku
cuma aku yang tahu

jauh disudut hati aku
engkau tidak tahu

jauh disudut hati aku
aku masih pegang pada satu prinsip.