Pages

Monday

#3

apa yang aku boleh lihat dengan mata,
manusia semuanya sama
baik melayu,cina dan india
ada baik,cibai dan babi buta

aku juga manusia biasa,
ada silap kadang-kandang alpa
tak perlu lah marah macam singa
kan elok tegur atas satu Malaysia.

Sunday

#2

seperti hari-hari biasa yang panas,
Tuhan memberi hujan sepanjang mingguan,
untuk kita berehat untuk cacian,
kenapa begitu panas hari siang.


seperti hari-hari biasa yang lalu,
aku berangan mahu menuju,
sesuatu tempat tiada tetamu,
yang cuma tahu mencerca,mengumpat dan buruk siku.


susah nak ubah pemikiran seseorang,
malah susah untuk kau ubah dunia sekarang,
pandang ke hadapan memang tak semudah semalam,
sebab semalam kita tahu apa yang telah datang.


aku cuba penuhi impian,
yang datang kerana minat yang mendalam.

- manusia belum pernah puas dengan apa yang mereka ada.

Tuesday

Keliru

bohong lah kalau kita tak mahu hidup senang
bohong kalau kita taknak banggakan orang sekeliling kita dengan kejayaan kita
bohong kalau taknak tengok kita selesa selepas kita tempuh hari duka

tapi,
setiap perjalanan terlalu perit
sehingga kau sakit
setiap orang penuh angan-angan
tetapi kadang-kadang terhalang dengan kedudukan

terlalu banyak untuk di kejar
tetapi terlalu sedikit masa
terlalu jauh untuk berjaya
tetapi aku masih mahu buktikan

yang aku mampu tunjuk apa impian aku kata
cuma beri aku masa walaupun aku sedang berlari perlahan
papah aku dan pimpin aku
aku mentah untuk dunia sekarang

sebenarnya terlalu banyak aku fikir, aku jadi keliru
takda siapa faham takda siapa tahu apa aku rasa

aku rindu nak berborak dengan kau S
mungkin dalam mimpi
aku cuma tak tau siapa akan faham
dengan apa aku rasa

aku masih ingat yang Dia akan sentiasa bantu aku
aku tahu Dia dah tuliskan cantik-cantik perjalanan aku
semoga aku masih kuat
untuk bukti yang aku masih boleh berlari. Amin.

Wednesday

#1

satu tahap pada aku yang setiap orang akan rasa,
diminati, jatuh hati, mencitai, dilukai,
setiap orang akan belajar sesuatu yang membesarkan diri,
manusia memang pandai bercakap tetapi tidak tahu bergerak,
mereka tahu apa akan berlaku cuma ingin cuba benda terbaru yang bodoh,
aku rasa aku dalam satu bulatan besar dibelenggu dengan pelbagai corak hidup berbeza,
sebenarnya aku rindu masa dulu,
tetapi jalan harus ke depan dan aku tetap terus melangkah,
kemana, untuk apa, mengapa, bagaimana,
aku tahu yang kau sendiri tak tau, tapi
kalau kau takut cabaran, lebih baik kau duduk diam bersendirian.

Tuesday

apa khabar.

aku dah lama tak tulis,
rasa sangat busy dengan hidup yang serba sederhana,
alhamdulillah,
sikit-sikit aku dapat lihat kenapa sesuatu benda berlaku.

aku cuma tulis bila aku sedih?
mungkin, sebab takda siapa faham.

aku penat sebenarnya,
kejar sesuatu untuk diri aku,
supaya dapat kepuasan diri sendiri,
dapat apa yang kehendak sendiri mahukan.

ramai kata aku selalu busy,
memang, sebab aku taknak dibelenggu dengan masalah silam,
aku ingat dah hilang semua,
tapi ada lagi saki baki yang sebenarnya makan diri sikit demi sedikit.

aku teringin lari jauh,
sejauh mana mungkin,
mungkin satu tempat yang takda orang tahu siapa aku.

cuma satu, aku sekarang rasa sedih.
aku belajar tentang 'kepentingan'
baruku tahu dunia kini penuh kepentingan peribadi,
lalu jauhkan langkahmu untuk menuju sesuatu,
biar melutut,dipijak dan dimaki,
jika mulanya kepentingan,maka disitu ada satu perasaan yang kau takkan pasti.
ini bukan pasal apa,
cuma aku rasa semakin besar kita perlukan sesuatu untuk dicapai,
sesuatu yang perlu kita genggam di masa depan,
aku bukan apa,
terlalu ramai aku melihat,
semakin besar kita, semakin besar egonya.

bukan aku mahu mencaci,
bukan mahu tolak ke tepi,
kadang-kadang aku rasa mereka semua mula mentingkan diri,
dengan itu aku mulakan strategi.

semua orang ada hati,
cuma aku pelik,
sama ada aku yang terlalu jauh atau terlalu cetek berfikir,
atau aku masih di tampuk lama yang mencari erti apa itu api?
orang memandang baik tetapi ada lagi yang mula bermaki-maki,
mengapa manusia perlu iri hati, kan baik sehidup semati?