Pages

Tuesday

Keliru

bohong lah kalau kita tak mahu hidup senang
bohong kalau kita taknak banggakan orang sekeliling kita dengan kejayaan kita
bohong kalau taknak tengok kita selesa selepas kita tempuh hari duka

tapi,
setiap perjalanan terlalu perit
sehingga kau sakit
setiap orang penuh angan-angan
tetapi kadang-kadang terhalang dengan kedudukan

terlalu banyak untuk di kejar
tetapi terlalu sedikit masa
terlalu jauh untuk berjaya
tetapi aku masih mahu buktikan

yang aku mampu tunjuk apa impian aku kata
cuma beri aku masa walaupun aku sedang berlari perlahan
papah aku dan pimpin aku
aku mentah untuk dunia sekarang

sebenarnya terlalu banyak aku fikir, aku jadi keliru
takda siapa faham takda siapa tahu apa aku rasa

aku rindu nak berborak dengan kau S
mungkin dalam mimpi
aku cuma tak tau siapa akan faham
dengan apa aku rasa

aku masih ingat yang Dia akan sentiasa bantu aku
aku tahu Dia dah tuliskan cantik-cantik perjalanan aku
semoga aku masih kuat
untuk bukti yang aku masih boleh berlari. Amin.

No comments:

Post a Comment