Pages

Tuesday

ini bukan pasal apa,
cuma aku rasa semakin besar kita perlukan sesuatu untuk dicapai,
sesuatu yang perlu kita genggam di masa depan,
aku bukan apa,
terlalu ramai aku melihat,
semakin besar kita, semakin besar egonya.

bukan aku mahu mencaci,
bukan mahu tolak ke tepi,
kadang-kadang aku rasa mereka semua mula mentingkan diri,
dengan itu aku mulakan strategi.

semua orang ada hati,
cuma aku pelik,
sama ada aku yang terlalu jauh atau terlalu cetek berfikir,
atau aku masih di tampuk lama yang mencari erti apa itu api?
orang memandang baik tetapi ada lagi yang mula bermaki-maki,
mengapa manusia perlu iri hati, kan baik sehidup semati?

No comments:

Post a Comment