Pages

Sunday

Hati

disebalik keindahan dunia, kita takkan dapat lihat kesedihan di dalam hati. disebalik kegembiraan dunia, sukar sekali melihat kecurangan hati. di dalam hati penuh kunci, kadang-kadang perlu di buang kuncinya, ada pula manusia mahu mencari, untuk dibuat mainan atau penyeri. wahai manusia,jangan terlalu ego dengan sikap hatimu yang busuk, kita sesama manusia,perlu menghormati satu sama lain, jauh sekali memaki antara kita, tapi mengapa perlu membezakan kematangan,umur,darjat? mengapa perlu menunjukkan keegoaan kamu, aku tak dapat mengenal apa hatimu berkata, tapi aku bukan bodoh menilai daripada air mata engkau, aku tak bodoh untuk berbicara, tetapi aku boleh menyimpan rasa. wahai manusia, buangkan sedikit ego mu, bukan untuk aku,tetapi untuk dunia kita. kau tau apa aku rasa? bila aku tua dan tiada siapa yang mahu menjaga, kerana manusia lain lalai dan leka terhadap dunia seketika. buangkan ego mu, untuk kita sama-sama rasa apa sebenarnya nilai air mata.

No comments:

Post a Comment