Pages

Tuesday

Anak Kecil

Anak kecil itu apa yang dia tahu. Hanya mengeluarkan air mata jernih yang kosong. Menangis untuk meminta sedikit susuan ibu. Apa yang dia tahu selain menangis,kawan. Anak kecil seperti kain putih yang masih putih yang tidak di sentuh oleh tangan-tangan manusia yang keji mahupun tangan-tangan daripada orang yang kuat agamanya. Huh,anak kecil. Apa yang engkau tahu selain menangis setiap malam dek kerana lampin yang sudah dipenuhi najis engkau sendiri. Menangis kerana lapar. Ah macam-macam lagi. Tetapi,engkau tahu apa yang ditangiskan oleh ibu bapa daripada melahirkan engkau. Aku masih mencari itu kawan. Aku mencari kesabaran itu. Aku mencari perspektif orang yang lebih matang daripada aku menilai anak kecil. Pahit manis seseorang dapat dilihat daripada mata bukan. Mata tidak pernah menipu kita. Aku melihat keringat seorang bapa yang membanting tulang setiap hari membesarkan kita. Aku melihat seorang ibu setiap hari melayan kerenah anak mereka. Tetapi aku masih muda untuk memahami apa erti seroang bapa mahupun ibu. Aku cuma terpegun melihat sebuah keluarga yang tidak putus-putus berusaha membesarkan seorang insan cukup istimewa dimata mereka dan mungkin sukar dimata orang sekeliling. Aku masih bersyukur dengan kesempurnaan diri aku walaupun aku faham semua orang tidak sempurna di dunia ini. Aku masih bersyukur aku tidak dilahirkan kurang upaya seperti beliau. Ibu bapa beliau sungguh tabah membesarkan engkau. Satu hari nanti kita akan balas jasa mereka. Itu pasti.

No comments:

Post a Comment